WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Rabu, 27 Februari 2013

SENARAI NOVEL TERPAKAI YANG MASIH TINGGAL ( TERBARU )

NOVEL ALAF 21

  1. YANG SEBENARNYA
  2. BENCI! BENCI! BENCI!
  3. RIA QISTINA
  4. CINTA DATANG LAGI
  5. AKU MAHU KAMU
  6. USAH MENANGIS SAYANG
  7. ILHAM HATI
  8. KAU YANG SATU
  9. SAMBUTLAH CINTAKU
  10. TANPAMU AKU RINDU
  11. BISIKAN RINDU
  12. SENYUMAN MANISMU
  13. YANG MANA SATU?
  14. JANGAN BILANG BENCI
  15. SEMUSIM RINDU
  16. HANYA DIA TAHU
  17. KASIH ANTARA KITA
  18. BUAT YANG TERSAYANG
  19. AKU YANG KAU CINTA
  20. OH, MAMA TIRIKU
  21. SETELAH HATI DIMILIKI
  22. GADUH-GADUH SAYANG
  23. INGAT JANJI KITA
  24. ASAM PEDAS UNTUK DIA
  25. SEHANGAT ASMARA

NOVEL PRIMA

  1. SIRI DIARI HANA FEBRUARI : PRINCE ANNOYING
  2. SEPATU MILIK KASANOVA

NOVEL FAJAR PAKEER (FP)

  1.  MUSUHKU SUAMIKU

Isnin, 14 Januari 2013

SENARAI NOVEL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Di sini saya ingin membuat satu PROMOSI bagi jualan novel-novel terpakai....
Antara tajuk-tajuknya ialah.....

NI YANG MASIH AVAILABLE...CEPAT-CEPAT SEBELUM TERLAMBAT.... =D

ALAF 21
SAAT CINTA BERSEMI
ILHAM HATI
KAU YANG SATU
SEREDUP KASIHMU
KASIH ANTARA KITA
HANYA DIA TAHU
AKU MAHU KAMU
TANPAMU AKU RINDU
SEMUSIM RINDU
RIA QISTINA
CINTA DATANG LAGI
SAMBUTLAH CINTAKU
BISIKAN RINDU
YANG MANA SATU?
PERGILAH SEPI
DENGAR KATA HATI
BUKAN HANYA SESAAT
SENYUMAN MANISMU
JANGAN BILANG BENCI
USAH MENANGIS SAYANG
BENCI! BENCI! BENCI!
YANG SEBENARNYA
OMBAK RINDU

KAKI
HATI BILA CINTA
MAID
PENJARA RINDU
AKULAH CINDERELLA
CALON JODOH UNTUK ADIK
KAU MILIKKU

KARYA SENI
CINTA KONTRAK
SUAMI AKU USTAZ 

BUKU PRIMA
AKHIR SEBUAH CINTA
HINGGA KE AKHIRNYA
MY LOVE PLAYGIRL
SAYANGKU CASPER
HANYA KAU YANG TAHU

FAJAR PAKEER (FP)
JIRANKU KEKASIHKU
ABANG KHAI TOMBOI
TAHU RASA CINTA

NOVEL SITI ROSMIZAH
LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

NOVEL REMAJA
CURAHAN CINTA NIAGARA
CINTA TIADA LAGI
CINTA REMAJA

Buat masa ini, tajuk ini sahaja yang dapat saya senaraikan....jika ada penambahan akan saya postkan kemudian....
HARGANYA amatlah berpatutan memandangkan ia novel terpakai....
Bagi harga asal novel bawah RM20 saya menjualnya dengan harga RM10 SAHAJA
Bagi harga asal novel atas RM20 saya menjualnya dengan harga RM15 SAHAJA
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA.....

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT BOLEHLAH KE FACEBOOK SAYA.....
Wan Nadhirah Wan Rusli
ATAU anda boleh terus mesej saya di talian 013-9153098
SILA SERTAKAN:
NAMA
ALAMAT
NO TELEFON

SEKIAN.....

Ahad, 16 Disember 2012

CERITA TAULADAN : PEMBURU YANG TAMAK

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.



Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

Khamis, 13 Disember 2012

CERITA SERAM





(peringatan: ini entri yang sangat panjang berdasarkan kisah benar. Ahaks!)

Tajuk macam seram kan? Sebenarnya sebab seram lah terus lambat seminggu update pasal ni. Kejadian seram ni terjadi pada tujuh febuari lepas, masa dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Saya dan sepupu, Nurul mulakan perjalanan jam 6.30 petang. Masa ni sempat jugak sesat masuk Sungai Lembing. Entah macam mana tak jumpa jalan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) secara tetibe. Dah jumpa LPT tu, jalan macam biasa la kan?

 

Bulan mengambang, terang bercahaya. Cantiknya bulan bintang. Dalam perjalanan, dah start kepelikan tengok kenapa lah LPT ni tak banyak kereta? Jalan macam gelap sunyi je. Selalu lalu LPT takde lah feeling angker macam ni kan? Then ada satu benda pelik terjadi. Kenapa signal radio macam tak betul? Tetibe je radio tamil? Oh, sepupu yang tukar rupanya. Tak saspen lagi scene ni. Tapi masa ni saya rasa badan macam tak best sebenarnya. Nak demam pun ye, nak muntah pun ye. Lagi rasa nak pengsan bila lihat jam, dah pukul 8.30malam dan sepupu bertanya, “eh kita kat Maran lagi? Kenapa lambat sangat sampai Temerloh ni?” dalam kepala, saya cuba berfikir… “bukan ke Kuantan – Temerloh paling lambat pun satu jam setengah?”. Kereta ni sehabis laju sepupu drive, siap sempat kami kutuk kereta yang kami potong semua slow, macam mana tak sampai Temerloh lagi?

Beberapa minit sebelum pukul 9 malam, kami tiba di Hentian Temerloh. Fuh fuh fuh…rasa lega. Then, sempat tidur-tidur ayam kejap rehatkan badan dan keluar cari apa yang patut untuk dimakan dan minum. Satu jam jugak lah kat Temerloh. Harapan nak tengok drama Vanilla Coklat tapi takde satu gerai pun bukak TV. Masa ni fikir positif je dalam hati, “TV semua rosak kot?”. Masa lepak minum, sepupu cerita, “bawak kereta tadi rasa berat semacam lah”. Masa ni dalam hati dah tak keruan. Kira-kira jam 10.30 malam macam tu baru lah gerak ke Kuala Lumpur semula.
(gambar hiasan ni. hehehe...)

Dalam perjalanan tu kami berdua siap teka teki nama DJ radio ERA.FM siapa malam tu. Oh..namanya Jimmy. Memang konpiden habis lah dengar radio ERA semua. Tetibe kan, dalam perjalanan tu lepas kami berdua diam layan lagu… suara DJ lain. Tengok frekuensi dah lain. Masa ni bulu roma dah naik sesangat dan secara tetibe dan tanpa kawalan sepupu saya terjerit, “Hoi! Siapa tukar channel lain radio ni?” . dia pandang saya, dan saya pandang dia. Nak sedapkan hati sendiri maka saya berkata, “kita dah masuk sempadan kot so frekuensi bertukar-tukar?” padahal lihat signboard, masih dalam Pahang. Siap lalu Karak lagi tu. Ni apehal radio main-main macam ni??? Dalam masa yang sama, housemate saya Zaty call saya 6 kali, tapi saya tak dengar langsung apa dia cakap tapi macam ada suara-suara lain kat background. Check line phone, ada line 3.5G maxis ok je. Dah kenapa telefon ni? Nak sedapkan hati lagi, “maybe Zaty tertekan kot?”

 

Then rasanya terlelap sekejap sambil peluk bantal spongebob. Tersedar jam 11.45 malam, sepupu kata temperature kereta turun mendadak. Dan ada bau hangit tapi tak tahu apa. Lepas tu stop pulak kereta ni tepi jalan. Atas bukit pulak! Lihat jam, pukul 12 malam. Kami cool, kami chill. Lepak tepi highway dalam hutan sambil makan kerepek pisang bekalan dari ibu, dan air 100plus. Masa ni jugak battery phone semua dah nak habis. Saya sempat tweet, dan sms beberapa orang. Sepupu call orang-orang penting. Kami decide nak tunggu kejap then baru gerak balik. Macam konpiden kereta boleh start. Tapi after 30 minit, try start tak jugak boleh. Masa ni dah panik. Nak buat apa ni? Masa ni sejuk sangat rasa. Fuhh….

 

Selepas satu jam 30 minit, datanglah pakcik peronda highway. Tapi masa dia stop belakang kereta kami, selepas 10 minit baru dia keluar dan datang dekat. Kenapa lah amek masa sangat? Pakcik tu kata, “boleh ke depan sikit kat jalan rata? Ni atas bukit ni.” Then, tarik handbrake, gerak lah kereta tu. Lepas tu….arghhhh tak boleh brake. Panik kejap. Nasib kereta tu stop tetibe. Then pakcik peronda tu check siap try nak jump start. Still tak jadi apa-apa. Then pakcik tu cakap, “dah check tapi takde rosak apa-apa pun? Semua ok je ni. Takpe, saya panggil towing highway nanti tow sampai hentian Gombak, tinggal kereta kat situ then nanti check kat bengkel ya?” lepastu boleh pulak pakcik tu tinggal je kami berdua kat situ? Tunggu lagi… then datang towing tu, sampai hentian Gombak sekali lagi panik masa nak park tepi tu kereta tu gerak sampai nak langgar dinding takleh stop sebab tak boleh brake. Pffttt…


Di hentian Gombak, cari plug nak charge phone dan minta bantuan. Maka, kami lepak dalam surau. Hantar satu tweet, nasib Wan je reply. Wan kata nak tolong, so dia datang, dan U-turn di Genting Sempah dan datang ke Hentian Gombak. Dalam masa yang sama tunggu towing insurance datang nak tow kereta untuk di bawak ke bengkel berdekatan. Thanks lah kepada Wan dan Eeri yang sanggup datang dan bantu kami yang hopeless ini. siap bawak kucing comel lagi bersama nak rescue kami. sampai rumah jam 4.30 pagi.

Esoknya, sepupu pergi bengkel dan balik tu dia beritahu sesuatu:

“kereta tak rosak apa-apa langsung sebenarnya dan pagi ni boleh start macam biasa”.

So, apa yang terjadi sebenarnya malam tadi?

Pengajaran: jangan berani sangat balik lalu highway tengah malam lagi-lagi masa tengah period, dan mulut diam-diam je jangan celupar atas highway. Balik tu, tangan kiri lebam-lebam tak tahu kenapa dan saya terus jatuh sakit. Ppffffttt~

P/S : NI CUMA SALAH SATU CERITA YANG SAYA TAHU DAN AMBIL DARI ORANG.....SEMOGA TERHIBUR!!!!! =D

CERPEN PENDEK


Kenangan Lalu

                Rintik-rintik hujan membasahi pipi yang gebu ini, anak-anak kecil riang bermain di tepian sawah, fikiranku melayang ke zaman persekolahan di mana masa itu aku berkenalan dengan seseorang, seseorang yang bernama Aiman. Dikala aku bersendirian di perhentian bas, aku disapa oleh Aiman. Assalamualaikum, saudari sorang je... kenapa bersendirian disini, bahaya tau. Takpelah, saya temankan awak disini. Saya Aiman, siapa nama saudari, nak pergi ke mana. Erm .... nak ke aku jawab pertanyaan dia ni, tengok dari raut wajah dia ni, nampaknya macam budak yang baik. Hello.... saudari kenapa tak jawab, bisu ea atau takut dekat saya. Tak payah takut, saya budak yang baik. Dia ni macam tau-tau je apa yang bermain difikiran aku.  Lama juga aku berdiam diri, buat macam dia takde sebelah aku. Tapi kesian juga kat mamat ni, seraya aku menjawab pertanyaannya. Nama saya Fatin Quraitulaini, panggil je Fatin. Saya tengah tunggu bas nak ke Kampung Majidi. Terima kasihlah kerana nak temankan saya disini. Hah... ada pun suara ni ingatkan bisu tadi. Sorry ea, saya tak bisu, aku mencelah geram pula dengan  si mamat ni. Okey, Cik Fatin saya minta maaf cakap awak bisu. Takpelah, saya okey je. Lama juga aku menunggu bas disitu, dan banyak jugalah perkara yang kami bualkan. Macam dah lama kenal, padahal baru je tak sampai 1 hari aku kenal dia. Perkenalan kami hanya setakat disitu sahaja, bas yang ditunggu telah pun sampai.  Semasa aku nak naik bas tu, sempat juga dia cakap dengan aku “ Cik Fatin, ada jodoh kita berjumpa lagi ”. Aku cuma mengiyakan apa yang dicakapkan.

Kenangan itu berlalu begitu sahaja. Sekarang usiaku sudah menginjak dewasa. Disaat ini aku sudah bergelar seorang siswazah. Esok aku mula bekerja di Menara Holding sebagai Pengurus bahagian pemasaran. Aku akan sentiasa bertemu dengan pelanggan. Fatin, kamu diterima bekerja disini... terngiang-ngiang ditelingaku ini mendengar khabar gembira. Dari kecil aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus pemasaran. Hari yang ditunggu telah tiba, sekarang aku telah pun menjejaki kaki di Menara Holding. Sila ikut saya, saya akan tunjukkan bilik Cik Fatin. Wah... bila aku melihat bilikku, terkejut aku. Tak sangka akan dapat bilik sebesar ini di pejabat. Suasana bekerja disini amat menyeronokkan. Cuma satu je aku tak sedap hati bila ramai yang berkata, anak bos akan bekerja di Menara Holding, perangainya takde seorang pun yang suka. Tak tahu kenapa dia orang semua tak suka dengan perangai dia. Ada yang cakap dia ni tak pernah nak senyum dengan pekerja  dan agak sombong jugalah. Eee..... aku tak suka orang yang sombong ni. Aku ada cakap dengan dia orang aku akan ajar dia macam mana cara nak senyum dan bergaul mesra dengan orang. Seingat aku budak-budak pejabat ni ada bagi tau nama dia. Erm... aku akan ingat nama ni “Fakhrul”. Fakhrul siaplah ko dengan aku nanti...

Fatin kenalkan ini Encik Fakhrul Pengurus Bahagian Senibina. Assalamualaikum.... saya Fakhrul kita akan bekerjasama di dalam syarikat ini, Fakhrul menghulurkan salam tanda perkenalan. Aku rasa macam kenal je mamat ni, mana aku jumpa ye. Aah... biarlah malas aku nak fikirkan pasal mamat ni. Cik Fatin, fikir apa tu? Fikirkan saya ea. Tetiba plak si mamat ni boleh ada dekat pintu bilik aku. Dahlah tak ketuk pintu, sesuka hati je masuk bilik orang. Eeee, geramnya aku ngan mamat ni. Encik Fakhrul, taulah awak tu anak bos.. tapi sopanlah sikit, ketuklah pintu sebelum masuk. Cik Fatin saya dah ketuk pintu banyak kali, awak tak dengar ke, lagi satu saya anak bos, sesuka hati sayalah nak masuk bilik ni atau tidak. Eekeleh... berlagaklah plak mamat ni. Cik Fatin mesti ingat saya ni sombongkan. Saya tak sombonglah... saya saja je bagitau kat pekerja kita supaya bagitau dekat pekerja-pekerja baru macam Cik Fatin, saya ni jenis yang sombong dan tak suka senyum. Kenapa pula awak buat macam tu ? saja suruh dia orang buat macam tu. Apalah awak ni, saya baru terfikir nak ajar awak senyum dan boleh bergaul dengan orang. So, sekarang ni tak payahlah susah-susah saya nak ajar awakkan. Hehehe, yelah Cik Fatin. Cik Fatin ingat lagi tak rupa saya ni.  La, macamlah kita ni pernah jumpa, saya baru je jumpa awak ni, Encik Fakhrul. Beberapa tahun lepas saya ada jumpa awak dekat perhentian bas, tengah tunggu bas sorang-sorang. Erm.... kamu ni Aiman ea, tapi nama kamu Fakhrul. Saya jumpa tu namanya Aiman. Cik Fatin, nama saya Fakhrul Aiman. Yeke, tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. kan saya pernah cakap dengan awak, ada jodoh kita jumpa lagi. Ooo, tu saya takdelah lupa.

Hubungan aku dengan Fakhrul Aiman semakin rapat. Sampaikan pekerja-pekerja dipejabat suka mengusik kami. Perhubungan kami bermula sebagai rakan sekerja akhirnya bertukar kepada sepasang kekasih. Aku suka memanggilnya Aiman sebab aku kenal dia pun dengan nama Aiman. Dia seseorang yang sangat periang, suka memanjakan aku. Setelah beberapa lama perkenalan kami, dia melamarku untuk menjadi suri dihatinya, menjadi ibu kepada anak-anaknya, menjadi nenek kepada cucu-cucunya. Hasrat Aiman ku sampaikan kepada keluargaku. Mereka menerima dengan tangan terbuka. Majlis pernikahan dan persandinganku berjalan dengan meriah sekali. Aku bahagia hidup dengannya. Kebahagaian ini bertambah-tambah lagi, bila mana aku disahkan mengandung. Aiman adalah insan yang gembira bila mendengar yang dia akan menjadi papa. Macam-macam barang kelengkapan bayi yang dibeli. Terlebih exited pula laki aku ni, fikirku.

Tapi kebahagian yang dikecapi tidak bertahan lama, Aiman disahkan menghidap Kanser Otak. Bertapa terkejutnya aku bila mendapat tahu perkara ni. Aiman hanya dapat hidup 3 bulan je lagi. Masa tu usia kandunganku baru mencecah 7 bulan. Aiman sangat tenang bila mendapat berita itu. Dia ada cakap dengan aku “ Sayang, jika abang dah tiada di dunia ini, jagalah anak kita dengan baik. Dia akan menjadi peneman sayang setelah abang tiada di dunia ini. Setiap yang hidup akan mati jua, abang redha dengan ketentuan Allah s.w.t, abang harap sayang pun redha”. Sambil berkata-kata itulah dia mengusap perutku. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam menempuh dugaan ini. Ketika usiaku kandunganku baru mencecah 7 bulan, suamiku Fakhrul Aiman telah kembali ke rahmatullah. Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata terakhirnya “ sayang, nanti bila anak ni dah lahir ke dunia suburilah dia dengan iman yang kuat, sabarlah dalam menempuh dugaan yang mendatang... sedekahkanlah al-fatihah kepada abang, walau di mana sayang berada kelak, abang sayang ayang”.

Aliff Aiman, jaga-jaga main ditepi sawah tu, jeritku kepada anakku, benih cinta antara aku dan suamiku Fakhrul Aiman. Anakku inilah yang sentiasa menemaniku setelah ketiadaan orang yang aku cintai. Diam tak diam Aliff Aiman telah pun menginjak usia 10 tahun. Dah 10 tahun jugalah suamiku tiada sisiku, meninggalkan aku bersama benih cinta kami. Abang, sayang harap abang tenang di alam lain, sayang doakan abang ditempatkan di syurga kelak, sayang redha abang telah pergi meninggalkan sayang. Allah s.w.t lebih sayangkan abang. 

Khamis, 6 Disember 2012

CARA MEMBUAT KEK KEJU YANG SEDAP

Bagaimana mendapatkan kek keju yang sedap dan menyelerakan pada pandangan pertamnya? Berikut adalah beberapa prinsip untuk membantu anda memahami kek keju.

Prinsip 1

Kek keju ialah sejenis kastad, bukan kek. Sebagai kastad, ia sepatutnya tebal dan kaya berkrim. Sebagaimana kastad, kek keju bergantung kepada protin di dalam telur untuk memberikan strukturnya. Protinnya mula membentuk apabila suhu mencecah 160 darjah. Jika ia terlebih bakar, kastad akan menjadi kering.

Prinsip 2


Pembakaran yang lama dan perlahan memberikan suhu dalaman yang sekata. Jangan bakar lebih dari 350 darjah. Sebaiknya gunakan acuan berwarna gelap untuk menyerap haba.

Prinsip 3


Jangan terlebih bakar kek anda. Kebanyakan kek keju terlebih bakar lalu menjadi kering dan tidak berkrim. Kek keju yang terlebih bakar akan merekah. Untuk menentukan jika ia masak pada kadar sepatutnya, bahagian atas kek harus ’bergoyang’ tetapi bahagian tengahnya kelihatan lembut. Jika bahagian atasnya tidak `bergoyang’ dan kek berwarna keemasan, menandakan kek sudah terlebih masak. Jangan cucuk pisau atau penculik gigi ke dalam kek. Ini akan menyebabkan kerekahan.

Prinsip 4

Pukul krim keju hingga lembut dan sekata. Lebih senang untuk membuat adunan krim keju jika dimulakan dengan melembutkan krim keju. Ambil krim keju dari peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum diadun.

Prinsip 5


Campurkan bahan-bahan kepada krim keju. Jangan adunkannya. Jika udara memasuki adunan, kek keju akan kembang apabila dibakar tetapi kecut apabila ia sejuk. Rekahan juga mungkin terjadi.

Prinsip 6

Kastad adalah lembut dan senang cair. Untuk memberi lebih tekstur kepada kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung.

Prinsip 7

Tekstur kek keju bergantung kepada telur. Adunan harus mengandungi telur yang mencukupi.

Prinsip 8

Kek keju lebih mudah dikeluarkan dari acuan setelah dibiarkan sejuk sebentar. Biar selama 10 minit. Jika terlalu lama, kek mungkin mula melekat kepada acuan dan merekah. Acuan yang tidak melekat bukan sahaja memudahkan proses mengeluarkan kek, malah mengelakkan dari kek merekah.

SEKIAN DAN SELAMAT MENCUBA KEPADA ANDA SEMUA =D

TIPS TEMUDUGA

ASPEK TEMUDUGA

Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah:
a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa temuduga

PERSEDIAAN

1. Selidik seberapa banyak maklumat  tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
2.Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat  temuduga itu
10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
3. Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.
4. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
5. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.

TINGKAH LAKU
  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  • Jangan menggelisah
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.
  • Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu.
  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  • Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  • Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  • Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

SELAMAT MENCUBA..... =D