WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Ahad, 14 Oktober 2012

KEBAIKAN MENJADI SEORANG GURU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.......

Apa khabar semua???
harap-harap semuanya sihat dan berada dalam keadaan gembira....aminnnn

Baiklah....hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu perkara iaitu tentang kebaikan menjadi seorang guru...
sebelum saya pergi lebih lanjut biar saya menerangkan serba sedikit tentang kerjaya sebagai guru ni....



GURU....merupakan satu pekerjaan yang dianggap tidak penting atau lebih tepat tidak profesional bagi sesetengah pihak....mereka ini cuma menganggap pekerjaan sebagai guru hanya satu cabang kepada mereka untuk senang mendapat pekerjaan apabila mereka tidak dapat pekerjaan yang mereka inginkan...namun mereka tidak tahu bahawa pekerjaan sebagai guru ni merupakan satu pekerjaan yang tersangat mulia kerana guru la yang memberi ilmu kepada mereka yang profesional tu...kalau tidak ada guru mereka yang profesional tu pun tidak akan menjadi profesional.....

ok la sekarang saya akan kemukakan beberapa kebaikan yang saya ketahui apabila kita menjadi seorang guru....

Pertama....kita akan mendapat pahala yang banyak daripada Allah...sebabnya tugas guru adalah memberi ilmu kepada para pelajar mereka....malah ilmu yang disampaikan mereka itu merupakan ilmu yang bermanfaat....Rasulullah pernah bersabda bahawa ada 3 perkara yang akan meneruskan pahala kita walaupun kita telah meninggal dunia dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat....

Kedua....kita akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu......sesuai dengan sabda Rasulullah iaitu tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad......untuk mengajar orang lain, orang itu mestilah berilmu barulah ilmu yang disampaikan itu tidak tergolong dalam kalangan ajaran sesat.....

Seterunya iaitu kebaikan yang ketiga dan yang terakhir yang boleh saya kongsikan di sini ialah dapat mendidik bakal pemimpin negara pada masa hadapan......anak-anak muda inilah yang akan menggantikan tampuk pimpinan negara suatu hari nanti dan untuk menjadi pemimpin mereka harus mempunyai keterampilan yang sewajarnya supaya mampu membawa nama negara setara dengan negara maju yang lain....InsyaAllah....... =D

Oleh itu, tugas sebagai seorang guru amat besar dan jasa mereka tidak sepatutnya kita lupakan sampai akhir hayat........seperti mana ibu bapa penting bagi anak-anak begitu juga disifatkan guru-guru amat penting bagi pembangunan anak-anak muda sekaligus pembangunan negara....insyaAllah sama-sama kita doakan..... :)

Oleh itu, apa yang dapat saya simpulkan di sini, menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang senang seperti yang disangka-sangkakan. Tugas dan tanggungjawabnya berkali ganda lebih besar jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang lain. Namun, saya tidak bermaksud kerjaya selain daripada guru tidak penting kerana setiap sesuatu yang ada di muka bumi ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Marilah kita sama-sama berfikir demi kejayaan masa depan kita semua......insyaAllah =D



Itu saja yang dapat saya kongsikan di sini....insyaAllah jika ada sesuatu yang boleh saya kongsikan lagi pasti saya akan berkongsi dengan anda semua.....bye :)

Akhir kata.....assalamualaikum =D


1 ulasan: