Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini.....
Baiklah...hari ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang pengalaman saya mengunjungi pesta konvokesyen di UKM, Bangi. Untuk pengetahuan semua sepanjang 19 tahun saya hidup saya tidak pernah menghadiri pesta-pesta seperti itu. Oleh itu, apabila berpeluang merasainya saya amat menghargainya. Dalam keluarga saya bukan tidak pernah menghadiri konvokesyen malah sudah empat kali kami menghadirinya kerana saya mempuyai 4 orang abang dan keempat-empatnya sudah pun konvo.
Sepanjang saya di sana selama 2 hari banyak juga saya lihat bagaimana setiap acara berjalan. Sebelum saya pergi lebih lanjut ingin saya nyatakan di sini....hehehe skema pula ayat ni....tak apa la asal boleh baca...hahaha
Sebenarnya saya ke pesta konvo tu bukan nak pergi sangat pun. Saya ke sana atas rasa tanggungjawab saya kepada biro keusahawanan kolej pendeta za'ba. Saya telah diamanahkan untuk menjaga gerai yang telah kami buka sepanjang pesta konvokesyen itu berlangsung. Sebab itu la saya boleh berada di sana.
Apa yang menarik di sana bukanlah acaranya tapi apabila saya ke sana saya dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama yang rata-ratanya berada di universiti yang berbeza. Kalau ada yang satu universiti pun mereka tetap berada di kampus yang berlainan.
Selain itu, saya dapat mempelajari macam mana orang berniaga. Selalunya saya suka merungut apabila harga barang mahal tapi bila saya sendiri yang berniaga dan tengok macam mana peniaga menentukan harga berdasarkan kos barang itu dibeli daripada pembekal, saya mula faham keadaannya yang sebenar. Walaupun ada sesetengah peniaga yang sengaja meletakkan harga yang mahal untuk mengaut keuntungan secara berlebihan tapi tetap ada juga peniaga yang jujur pada masa sekarang ini.
Apa yang saya rasa tidak kena dengan jiwa saya ialah aktiviti yang berlangsung di pentas utama. Sebagai contoh tarian pop starzzz.....mungkin bagi sesetengah pihak ianya perkara biasa tapi bagi saya ianya sesuatu yang tidak elok. Saya bukanya ingin menjadi ustazah ataupun ingin berceramah kepada mereka yang terlibat tetapi sebagai seorang Islam kita tentu tahu batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam. Saya sendiri akui yang saya meminati k-pop. Walaupun tidak banyak tapi ada la juga sikit-sikit. Namun, apabila saya melihat orang Islam sendiri menari dengan pakaian yang boleh dikira seksi di depan khalayak umum, yang bercampur antara lelaki dan perempuan, saya seperti terkedu dan berfikir beginilah cara hidup masyarakat zaman sekarang. Entah la....saya sendiri tidak tahu apa lagi yang boleh diperkatakan....ilmu di dada tentang agama amatlah sedikit jadi saya rasa tidak elok pula saya ingin berkata-kata tentang hukum-hukum agama ni. Mungkin saya perlu lebih mendalaminya terlebih dahulu sebelum saya membuat penilaian ke atas semua itu.
Saya rasa itu saja yang boleh saya perkatakan di sini. Maaf jika ada yang tersinggung. Saya cuma orang kampung yang mungkin tidak biasa dengan keadaan di bandar. Saya hanya menyuarakan pandangan dan jika pandangan saya salah harap dimaafkan. Mungkin juga ini dikatakan "culture shock" bagi saya. Semoga kita semua diberkati oleh Allah S.W.T
InsyaAllah.....aminnnnnn =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan