Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
Dah lama tidak post cerita dalam blog sebabnya dah tidak ada cerita menarik yang boleh dikongsikan dengan pembaca semua......so maaf la ye..... =D
Apa pun kali ini saya ada satu cerita untuk para pembaca....tapi tak tau la cerita ni menarik ke tidak bagi para pembaca.....
Tersebutlah kisahhhhh......hihihi
Pada 5 hingga 7 Oktober 2012 saya telah menyertai satu kem....nama kem ni KEMBARA SISWA SISWI atau lebih familiar orang panggil KEMSIS '12....tentu ada di kalangan pembaca yang datang dari UKM Bangi dan FEP yang tahu tentang kem ini.....kami bertolak pada pukul 3.30 petang dengan menaiki bas.....perjalanan kami ke sana mengambil masa selama 2 jam.....oh ye lupa nak bagi tau destinasi kem kami ni....hehehe sorry ye.... tempat yang kami nak tuju ni terletak di Negeri Sembilan...nama tempat tu Berhulu Kem, Jempol......selepas sampai di sana kami di arahkan untuk solat qasar asar berjemaah sebelum majlis pembukaan di mulakan....aktiviti di kemsis bermula pada waktu malam......walaupun agak letih tapi kami tetap seronok dengan aktiviti yang dijalankan.....malam itu kami semua tidur agak lewat kerana banyak aktiviti yang hendak dijalankan dalam satu malam....apa pun ia tetap menyeronokkan....hehehe
Pada hari berikutnya, dimulakan dengan solat subuh berjemaah.....selepas itu kami melakukan senaman ringkas untuk meregangkan otot-otot supaya tidak berlaku kekejangan otot semasa menjalani aktiviti lasak....sementara menunggu aktiviti rasmi, para ajk dan fasilitator kem mengadakan dua game....pertama galah panjang dan satu lagi permainan tuju kasut.....nampak budak-budak ni main memang seronok tapi saya tak berminat nak main....hehehe
Hari itu memang banyak juga aktiviti tapi aktiviti yang paling saya ingat adalah RUNNING MAN....game ni lebih kurang macam explorace juga la.....mula-mula main tu ok lagi tapi bila sampai ke check point yang entah ke berapa kami semua kena masuk dalam lumpur....YA ALLAH saya memang fobia sikit dengan benda-benda yang berasaskan lumpur ni....lepas je sesi berendam dalam lumpur tu saya terus rasa nak pengsan dan akhirnya saya tidak sempat nak habiskan game tu dah kena rehat......huhuhuhu
Pada malamnya pula, saya tidak boleh nak bercerita sebabnya saya tak terlibat langsung dengan aktiviti tu....orang sakit la katakan....hahaha
Hari terakhir di sana.......kami mulakan dengan solat tahajjud berjemaah.......selepas tu kami meneruskan aktiviti yang dinamakan Night Walk.....yang kelakarnya aktiviti tu sepatutnya menakutkan tetapi langsung tak menakutkan.....tak tau la apa silapnya....isykkkkk
Kami meneruskan lagi dengan pelbagai aktiviti pada hari itu....maaflah ye sebab ingatan saya tak berapa bagus sangat....so dah tak ingat.....cuma ingat beberapa aktiviti je.....hehehe
Selepas kami semua menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar berjemaah, kami semua berkemas untuk pulang.....akhirnya kemsis '12 pun berakhir.......... =D
Itu saja la yang boleh saya kongsikan.......lain kali kalau ada cerita lagi saya akan post lagi ok...... =)
Akhir kata....assalamualaikum.....hehehe =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan