WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Selasa, 23 Oktober 2012

IBU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Hari ini ingin sekali saya berkongsi tentang satu perkara iaitu berkaitan dengan IBU

IBU.....merupakan individu yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Bak kata tanpa ibu siapalah kita...Sembilan bulan 10 hari dia mengandungkan kita. Kemudian dia bersusah payah membawa kita melihat dunia ini. Wanita yang bersalin ibarat bertarung di medan perang. Jika tumpasnya mereka maka shahid la dan janji Allah pada mereka yang shahid adalah syurga. Jadi kita dapat lihat betapa besarnya jasa ibu pada kita anak-anak. Selepas bersusah-payah melahirkan kita, dia menyusukan kita pula. Tidak kira waktu apa pun, tidak kira pagi atau malam dia sentiasa menyusukan kita waktu kita lapar. Dia rela tidak cukup tidur, dia rela walau hanya satu jam dapat melelapkan mata tapi mereka puas apabila dapat melihat anak-anak mereka kenyang. Dia juga mendidik kita dari kita kecil hinggalah kita dewasa. Walau bagaimanapun kerenah kita, ibu masih sentiasa melayan kita, dia tidak pernah jemu mendengar celoteh kita walaupun ada kadangkala dia membebel memarahi kita tapi itu semua hanya semata-mata demi kebaikan kita.

Apabila kita dilanda masalah, dia sentiasa ada untuk kita. Ibu lah satu-satunya orang yang memahami kita dari A sampailah Z. Walaupun kita selalu menyakiti hati ibu kita tapi dia sentiasa memaafkan kita dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Ibu tidak pernah mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka. Waktu susah, senang atau dalam keadaan apa jua pun ibu sentiasa ada dan sentiasa memberi sokongan kepada kita walaupun mereka berada jauh dari kita. Kasih ibu dapat kita rasai terus dari lubuk hati kita. Jika ada kesalahan yang kita lakukan ibu akan menegur secara berhemah.

Oleh itu, hargailah ibu anda sebelum semuanya terlambat.....di sini saya serta dengan sebuah lagu yang agak familiar dengan anda semua dan mungkin anda juga sudah selalu mendengarnya......harap anda dapat menghayati bait-bait seni kata lagu ini......insyaAllah.....


Jasa Bonda - Warisan


Tajuk Lagu : Jasa Bonda
Penyanyi/Artis : Warisan
Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

(Ulang *)
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan