WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Khamis, 13 Disember 2012

CERITA SERAM





(peringatan: ini entri yang sangat panjang berdasarkan kisah benar. Ahaks!)

Tajuk macam seram kan? Sebenarnya sebab seram lah terus lambat seminggu update pasal ni. Kejadian seram ni terjadi pada tujuh febuari lepas, masa dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Saya dan sepupu, Nurul mulakan perjalanan jam 6.30 petang. Masa ni sempat jugak sesat masuk Sungai Lembing. Entah macam mana tak jumpa jalan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) secara tetibe. Dah jumpa LPT tu, jalan macam biasa la kan?

 

Bulan mengambang, terang bercahaya. Cantiknya bulan bintang. Dalam perjalanan, dah start kepelikan tengok kenapa lah LPT ni tak banyak kereta? Jalan macam gelap sunyi je. Selalu lalu LPT takde lah feeling angker macam ni kan? Then ada satu benda pelik terjadi. Kenapa signal radio macam tak betul? Tetibe je radio tamil? Oh, sepupu yang tukar rupanya. Tak saspen lagi scene ni. Tapi masa ni saya rasa badan macam tak best sebenarnya. Nak demam pun ye, nak muntah pun ye. Lagi rasa nak pengsan bila lihat jam, dah pukul 8.30malam dan sepupu bertanya, “eh kita kat Maran lagi? Kenapa lambat sangat sampai Temerloh ni?” dalam kepala, saya cuba berfikir… “bukan ke Kuantan – Temerloh paling lambat pun satu jam setengah?”. Kereta ni sehabis laju sepupu drive, siap sempat kami kutuk kereta yang kami potong semua slow, macam mana tak sampai Temerloh lagi?

Beberapa minit sebelum pukul 9 malam, kami tiba di Hentian Temerloh. Fuh fuh fuh…rasa lega. Then, sempat tidur-tidur ayam kejap rehatkan badan dan keluar cari apa yang patut untuk dimakan dan minum. Satu jam jugak lah kat Temerloh. Harapan nak tengok drama Vanilla Coklat tapi takde satu gerai pun bukak TV. Masa ni fikir positif je dalam hati, “TV semua rosak kot?”. Masa lepak minum, sepupu cerita, “bawak kereta tadi rasa berat semacam lah”. Masa ni dalam hati dah tak keruan. Kira-kira jam 10.30 malam macam tu baru lah gerak ke Kuala Lumpur semula.
(gambar hiasan ni. hehehe...)

Dalam perjalanan tu kami berdua siap teka teki nama DJ radio ERA.FM siapa malam tu. Oh..namanya Jimmy. Memang konpiden habis lah dengar radio ERA semua. Tetibe kan, dalam perjalanan tu lepas kami berdua diam layan lagu… suara DJ lain. Tengok frekuensi dah lain. Masa ni bulu roma dah naik sesangat dan secara tetibe dan tanpa kawalan sepupu saya terjerit, “Hoi! Siapa tukar channel lain radio ni?” . dia pandang saya, dan saya pandang dia. Nak sedapkan hati sendiri maka saya berkata, “kita dah masuk sempadan kot so frekuensi bertukar-tukar?” padahal lihat signboard, masih dalam Pahang. Siap lalu Karak lagi tu. Ni apehal radio main-main macam ni??? Dalam masa yang sama, housemate saya Zaty call saya 6 kali, tapi saya tak dengar langsung apa dia cakap tapi macam ada suara-suara lain kat background. Check line phone, ada line 3.5G maxis ok je. Dah kenapa telefon ni? Nak sedapkan hati lagi, “maybe Zaty tertekan kot?”

 

Then rasanya terlelap sekejap sambil peluk bantal spongebob. Tersedar jam 11.45 malam, sepupu kata temperature kereta turun mendadak. Dan ada bau hangit tapi tak tahu apa. Lepas tu stop pulak kereta ni tepi jalan. Atas bukit pulak! Lihat jam, pukul 12 malam. Kami cool, kami chill. Lepak tepi highway dalam hutan sambil makan kerepek pisang bekalan dari ibu, dan air 100plus. Masa ni jugak battery phone semua dah nak habis. Saya sempat tweet, dan sms beberapa orang. Sepupu call orang-orang penting. Kami decide nak tunggu kejap then baru gerak balik. Macam konpiden kereta boleh start. Tapi after 30 minit, try start tak jugak boleh. Masa ni dah panik. Nak buat apa ni? Masa ni sejuk sangat rasa. Fuhh….

 

Selepas satu jam 30 minit, datanglah pakcik peronda highway. Tapi masa dia stop belakang kereta kami, selepas 10 minit baru dia keluar dan datang dekat. Kenapa lah amek masa sangat? Pakcik tu kata, “boleh ke depan sikit kat jalan rata? Ni atas bukit ni.” Then, tarik handbrake, gerak lah kereta tu. Lepas tu….arghhhh tak boleh brake. Panik kejap. Nasib kereta tu stop tetibe. Then pakcik peronda tu check siap try nak jump start. Still tak jadi apa-apa. Then pakcik tu cakap, “dah check tapi takde rosak apa-apa pun? Semua ok je ni. Takpe, saya panggil towing highway nanti tow sampai hentian Gombak, tinggal kereta kat situ then nanti check kat bengkel ya?” lepastu boleh pulak pakcik tu tinggal je kami berdua kat situ? Tunggu lagi… then datang towing tu, sampai hentian Gombak sekali lagi panik masa nak park tepi tu kereta tu gerak sampai nak langgar dinding takleh stop sebab tak boleh brake. Pffttt…


Di hentian Gombak, cari plug nak charge phone dan minta bantuan. Maka, kami lepak dalam surau. Hantar satu tweet, nasib Wan je reply. Wan kata nak tolong, so dia datang, dan U-turn di Genting Sempah dan datang ke Hentian Gombak. Dalam masa yang sama tunggu towing insurance datang nak tow kereta untuk di bawak ke bengkel berdekatan. Thanks lah kepada Wan dan Eeri yang sanggup datang dan bantu kami yang hopeless ini. siap bawak kucing comel lagi bersama nak rescue kami. sampai rumah jam 4.30 pagi.

Esoknya, sepupu pergi bengkel dan balik tu dia beritahu sesuatu:

“kereta tak rosak apa-apa langsung sebenarnya dan pagi ni boleh start macam biasa”.

So, apa yang terjadi sebenarnya malam tadi?

Pengajaran: jangan berani sangat balik lalu highway tengah malam lagi-lagi masa tengah period, dan mulut diam-diam je jangan celupar atas highway. Balik tu, tangan kiri lebam-lebam tak tahu kenapa dan saya terus jatuh sakit. Ppffffttt~

P/S : NI CUMA SALAH SATU CERITA YANG SAYA TAHU DAN AMBIL DARI ORANG.....SEMOGA TERHIBUR!!!!! =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan