WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Rabu, 28 November 2012

KISAH NERAKA JAHANNAM


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
     
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
 
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
 
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

KISAH SEDIH SEORANG IBU

 
 
 
Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

Wassalam...

Selasa, 27 November 2012

KISAH NABI MUHAMMAD DENGAN PENGEMIS BUTA

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
 

KISAH NABI MUSA DENGAN PENZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
 
Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 

 

CINTA KEPADA ALLAH


Sekujur mutiara tasbih tersadai indah,
Tersisip pula dengan rantaian kalimah,
Laaila ha illallah, Muhammadurrasulullah,
Tersergam berjuntai bergandingan sudah,
Subhanallah, Maha Suci Allah..

Namun, di sebalik kemurnian yang nyata,
Terpalit kebenaran secara batinnya,
Jika kemuliaan itu hanya perhiasan semata,
Yang tiada amalan bersisa,
MasyaAllah…

Tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku,
Tasbih dan kalimah diam membisu,
Kemungkaran terus menundukkan nafsu,
Dek terasa tiada siapa yang tahu.
Astargfirullahal ‘azim..

Begitulah insan,
Bila hati tak takutkan Tuhan,
Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan,
Kerana kasih sayang dan ihsan..

DIA terus menunjukkan jalan,
Tika rantai tasbih berguguran,
Barulah hati merasakan,
Betapa hebatnya kuasa Tuhan,
Yang menciptakan..

Hanya sekujur mutiara tasbih tersadai indah,
Yang menjadi sandaran dan wasilah,
Untuk menyedarkan insan yang tersilap langkah,
Daripada terjerat ke kancah yang salah,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..

Kini hamba menyedari,
Betapa kerdilnya diri,
Seluruh alam DIA yang menguasai,
Tuhanku, hamba berserah kepada-Mu Ilahi.

PUTUS CINTA

CINTA adalah anugerah Allah yang terindah buat hamba-hambanya......tanpa cinta maka tiada kasih sayang, belas kasihan sesama manusia....

CINTA boleh didefinasikan kepada pelbagai maksud.....tapi cinta yang ingin saya kisahkan sekarang ini adalah cinta sesama manusia....

apabila lelaki dan wanita saling berpandangan maka terbitlah satu perasaan yang dinamakan CINTA...sesuai sangat dengan pepatah dari mata turun ke hati....kisahnya bermula di sini.....

pada suatu hari ada seorang wanita telah melihat seorang lelaki yang baik akhlaknya....hanya sekali pandang wanita itu terus jatuh hati kepada jejaka tersebut....tapi wanita itu tidak tahu macam mana hendak meluahkan perasaannya kepada lelaki itu....yalah kan...dia kan seorang perempuan takkan hendak memulakan terlebih dahulu....nanti orang kata perigi mencari timba pula....oleh sebab itu wanita itu terus memendam rasa sehingga masuk ke universiti....semasa di unversiti rakannya cuba untuk menolong dengan memberitahu lelaki itu secara terus-terang tentang perasaan wanita itu kepadanya....tapi alangkah sedihnya wanita itu apabila lelaki itu membalasnya dengan berkata bahawa dia tidak bersedia untuk ke arah itu.....siapa yang tidak kecewa bila cintanya ditolak.....

walaupun cintanya ditolak tetapi wanita itu tetap setia menunggu lelaki itu.....dan kita tidak tahu apa kesudahannya....adakah ianya berakhir dengan kebahagiaan atau sebaliknya.....sama-samalah kita doakannya....

akhir kata dari saya walaupun cinta ditolak atau putus cinta janganlah kita menganggap yang dunia sudah kiamat kerana perjalanan hidup kita masih jauh dan masih banyak cabaran yang akan kita hadapi di masa hadapan....anggaplah itu semua hanya sedikit ujian Allah kepada hamba-hambanya agar kita tidak lalai dengan nikmatNYA....renung-renungkanlah.... =)

CITA-CITA TIDAK KESAMPAIAN

setiap orang ada cita-cita masing-masing....cita-cita merupakan satu angan-angan yang cuba kita capai dalam hidup kita......walau sesusah mana pun terpaksa berusaha cita-cita tetap ingin dicapai....saya ada satu kisah yang berkaiatn dengan cita-cita....kisahnya ialah....

ada seorang lelaki ni....dia dari kecil lagi sudah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.....dia minat sangat mendalami ilmu sains sehinggakan semasa dia di tingkatan 4 dia berada di kelas sastera tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam bidang sains dia merayu pada pihak sekolah supaya menukarnya kepada kelas sains....tapi bak kata orang kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya.....semasa SPM dia tidak memperoleh sebarang A...gred paling tinggi dia dapat pun cuma B+....cuba teka subjek apa....hehehe dah tentu la subjek sains tulen yang dia minat tu....oleh sebab itu dia meneruskan pengajiannya dalam STPM.....sejak daripada itu kehidupannya mula berubah....Allah telah melimpahkan pelbagai nikmat kepadanya.....dia menjadi best student di sekolahnya semasa STPM.....dia mendapat tajaan untuk mengambil kursus bahasa inggeris.....dan alhamdulillah dia ditawarkan menyambung ijazah di UPM....subhanallah begitu besar kekuasaanNYA......akhirnya selepas 4 tahun belajar dia telah mendapat pekerjaan sebagai seorang guru.....alhamdulillah.... =)

dari cerita kita dapat lihat walaupun cita-citanya untuk menjadi seorang doktor tidak tercapai dia tidak berputus asa dan terus berusaha kerana perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita manusia ini....oleh itu marilah kita mengambil pengajaran dari kisah lelaki ini untuk kita muhasabah diri kita....jangan kerana kita tidak dapat memncapai apa yang kita mahukan kita mengambil jalan yang singkat dengan membunuh diri dan sebagainya.....fikirkanlah tentang orang-orang yang menyayangi kita yang berada disekeliling kita....jangan biarkan mereka menitiskan air mata hanya kerana kebodohan kita.....

oleh renung-renungkanlah dan selamat beramal.... =D

Isnin, 26 November 2012

PENGALAMAN MENONTON WAYANG TAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Apa khabar semua???
Harap-harapnya sihatlah semuanya.....

Kali ini saya ingin bercerita tentang satu pengalaman yang telah saya lalui dalam cuti pertengahan semester hari tu....

Pada hari itu, saya dan seorang lagi rakan saya telah ke midvalley untuk menonton wayang...cuba teka wayang apa yang kami tengok??
Haha dah tentulah wayang tamil...dah tajuk artikel ni pun pengalaman menoton wayang tamil kan....nak dijadikan cerita semasa dalam panggung wayang tu tidak ada seorang pun orang melayu...cina apatah lagi memang tidak ada la kan...hahha
Semua yang ada dalam panggung tu semuanya orang india + kami berdua melayu...hihihhi
mula-mula masuk tu memang seram juga la...malu pun ada....tapi lama-lama kami dekat dalam panggung tu kami rasa kelakar pula...dah subtitlenya dalam bahasa inggeris....tu pun nasib baik...dah la kami nie bukannya bengap sangat english tapi tidak ada la pandai sangat....so bila sampai part subtitlenya kami kurang faham, bila orang ketawa kami ikut ketawa je la...hahahah memang kelakar sangat-sangat masa tu...

Tapi tidak apa la...kami anggap ianya satu pembelajaran bagi kami yang kurang dalam english ni....slow-slow belajar...hihihi

ok la itu saja dari saya...terima kasih bagi mereka yang meluangkan masa membacanya. walaupun ianya membosankan...maaf sangat-sangat sebab saya ni tidak pandai nak menulis...ini sajalah yang mampu....huhuhu

selamat tinggal dan assalamualaikum.... =D


Isnin, 19 November 2012

MUHASABAH DIRI!!!





Cantikkan gambar ini....cuba bayangkan jika kita dapat hidup di tempat seperti ini.....alangkah indahnya hidup kita ini.....walaupun sekadar rumah papan dan kawasannya dikelilingi pokok-pokok tapi suasananya sungguh indah dan nyaman....kita dapat lihat matahari terbit dan juga matahari terbenam.....ahhhh indahnya....

Samalah juga dengan kehidupan kita.....walaupun hidup kita susah dan mempunyai pelbagai masalah kita harus sentiasa ingat bahawa masih ada nikmat hidup kita ini....setiap kesusahan yang kita alami itu semua hanyalah ujian Allah kepada hambanya kerana kasih sayangNYA kepada kita....

Oleh itu, janganlah kita mengeluh dengan hidup kita ini kerana Allah itu maha adil....setiap yang susah ada senangnya dan setiap yang senang ada susahnya.....renung-renungkanlah.....selamat beramal..... =D

RENUNGAN BERSAMA

Hidup ni tidak selalu indah....ada masa-masa gembira dan ada masa-masa sedih.....masa kita gembira kita diibaratkan lupa segala-galanya....apa yang kita tahu hanya keseronokan sehinggakan kita lupa siapa kita, dari mana kita datang dan yang paling penting siapa pencipta kita....subhanallah.....begitu alpanya kita bila mendapat nikmat dariNYA.....

Wahai saudara seislamku....sedarlah dunia ini sudah tidak lama....bila-bila masa saja akan kiamat.....kembalilah ke jalan yang benar iaitu jalan yang Allah redhai......jauhilah jalan-jalan yang Allah murkai....sedarlah kenikmatan hidup di dunia hanya sementara....janganlah kita lupa dan alpa akan kenikmatan yang bakal kita peroleh di akhirat kelak....sesungguhnya ianya lebih bermakna....

Sama-samalah kita renung-renungkan dan muhasabah diri....semoga kita semua tergolong dalam kalangan ahli-ahli syurga....insyaAllah...aminnnn =)