Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000
kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada
setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam
itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah
kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah
hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala
dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang
akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan
memanggil-manggil, "Ya Tuhan
kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah
bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan
neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali
itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah
s.w.t. dalam surah At-Tahrim
ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar
lagi
keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan
yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka
nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan
sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan