WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Sabtu, 29 September 2012

MINATKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......

Apa khabar semua???dah lama kita tidak berjumpa...haiiii rindu nak tulis blog...hehehe

Hari ini saya cuma nak kongsi tentang minat saya....tau tak apa perkara yang paling saya  minat???
jeng2....benda yang paling saya minat ialah baca novel....tapi novel melayu la...novel english baca juga tapi tidak la seminat membaca novel melayu...hahaha

Novel yang paling saya suka adalah novel keluaran alaf 21...sebabnya novel keluaran alaf 21 merupakan novel pertama saya baca....tajuk novel petama saya adalah SEREDUP KASIHMU karya NIA AZALEA....novel tu best sangat-sangat...sinopsisnya lebih kurang macam ni la....

KISAH silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.


Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.


Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.


Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan? 



Sebenarnya banyak lagi novel yang saya pernah baca....ini antara salah satunya saja...hehehe
Saya juga suka kumpul novel...di rumah saya lebih 200 buah novel saya ada....tapi dari pelbagai keluaran la.....hihihi
jumlah novel yang masih ada itu pun setelah ditolak dengan novel-novel yang telah saya jual...minat kumpul novel pun boleh buat duit....hahaha

Rasanya itu sajalah yang saya boleh kongsikan untuk kali ini....untuk yang seterusnya akan saya kongsikan perkara lain pula....ok????

Diharapkan semua pembaca terhibur!!!!


                                               NOVEL-NOVEL KELUARAN ALAF 21
 

Ahad, 23 September 2012

PENGALAMAN YANG INDAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

apa khabar pembaca blog JOM SEMBANG!!!!
harap-harap semuanya dalam keadaan baik-baik saja....kalau tidak macam mana nak baca kisah terbaru ni...hehehe

haaaa....kali saya nak bercerita tentang pengalaman saya menaiki komuter....biasa la saya kan orang kelantan dan kelantan mana ada komuter....jadi kiranya ni first time saya naik komuter...hehehe

nak dijadikan cerita......dah la ini pengalaman pertama naik komuter...komuter pulak buat masalah....cuba pembaca semua bayangkan....disebabkan kerosakan yang berlaku pada komuter tu perjalanan yang sepatutnya cuma makan masa 20 minit boleh jadi 2 jam....haiiiii

biar saya cerita secara total...ok
mula-mula saya kena naik bas dekat ukm....saya tunggu bas tu sejak pukul 2 tapi pukul 3 bas baru sampai....haaaa dekat sini dah sejam buang masa macam tu je.....lepas tu sampai la dekat ktm....sampai je dekat sana kena beratur panjang untuk beli tiket....nasib baik kami cepat kalau tidak lagi panjang kena beratur....oh lupa nak bagitau yang saya pergi dengan dua orang lagi rakan saya...nama mereka maeza dan syafiqah.....

sebelum ni kalau nak pergi ke serdang naik komuter dekat platform 1 tapi tadi tiba-tiba kena naik dekat platform 2.....so kami fikir yang kami dah salah naik komuter....so kami pun turun dekat bangi konon-kononnya nak tukar komuter la....sampai je dekat bangi ada orang bagitau yang komuter kami naik tadi memang betul-betul akan ke serdang...haiii memang penat....

lepas itu kami pun naik komuter seterusnya dan alhamdulillah kali ini kami menaiki komuter yang betul....tetapi masalah lain pula yang timbul...ada komuter yang menuju ke seremban telah rosak jadi mereka terpaksa menggunakan komuter yang menuju ke kuala lumpur.....so semua penumpang termasuk saya terpaksa pula bertukar komuter.....stesen pertukarannya adalah di kajang.....tunggu punya tunggu (agak lama juga la kami menunggu)....komuter yang lain pun sampai....dan komuter inilah yang membawa kam ke serdang.....

bila sampai di serdang kami mengambil teksi ke upm....perjalanan kami ke upm tiada apa-apa masalah....pukul 5 lebih-lebih sedikit kami sampai di upm.....sampai je dekat upm ada pula masalah....orang sepatutnya kami jumpa iaitu sepupu kawan saya boleh pula keluar ke The Mines....haiii kalau ikut hti rasa macam geram sangat-sangat.....kita dah susah-susah datang tapi dia pula boleh buat macam tu....kami datang ni pun sebab dia yang suruh hantar barang pada dia sebab dia malas nak datang ambil sendiri di ukm ni...eiiii macam-macam la manusia zaman sekarang ni...

tapi walaupun kami tidak dapat jumpa dengan sepupu kawan saya tu saya tetap dapat jumpa dengan kawan saya.....kebetulan kami pun dah lama tidak berjumpa dan kolej tempat kami pergi berdekatan sahaja dengan kolej tempat penginapan kawan saya tu....sepanjang kami di upm dia la yang banyak menolong.....sampaikan last sekali bila kami nak balik dan terpaksa jalan kaki ke pintu utama upm untuk tunggu teksi pun dia sanggup temankan.....for my friend thank you so much!!!!

pukul 6.45 petang kami bertolak balik dari upm....pada mulanya kami ingin terus balik tapi memandangkan apabila kami sampai di ktm sudah masuk waktu maghrib kami pun mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu....kami solat di surau yang dekat ktm tu tapi tidak ada telekung sembahyang pula....so terpaksa la kami ke The Mines untuk solat....selepas semuanya selesai kami pun terus ke ktm...ingat kan kami dah terlambat tapi tiba-tiba je komuter tu delay waktu perjalanannya....so lama pula la kami menunggu....

lebih 30 minit juga la kami tunggu dan akhirnya komuter pun bertolak.....dan kejadian yang sama pula berlaku....sampai di stesen kajang pertukaran komuter berlaku lagi....jadi semua penumpang yang ingin menuju ke arah seremban terpaksa menunggu lagi.....hampir pukul 10 malam baru la kami menaiki komuter lain dan turun di ukm....sampai di stesen ukm kami terpaksa pula berebut-rebut untuk menaiki bas untuk balik ke kolej masing-masing.....

tepat jam 10.30 malam akhirnya kami sampai ke kolej kami.....hari ini la hari yang paling memenatkan....haiiiii

harap-garap selepas ini tidak akan berlaku lagi perkara-perkara seperti ini....insyaAllah!!!!

itu saja la yang dapat saya kongsikan dengan semua pembaca......diharapkan semua pembaca terhibur dengan kisah baru ini.....=D

bye....assalamualaikum.......  

Sabtu, 22 September 2012

L.O.V.E

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.....
(yang mana baca blog ni la.....hehehe)

Saya ada satu cerita yang agak sedih..(bagi saya ia agak menyedihkan la)....
ada seorang perempuan ni....dia pernah bercinta dengan seorang lelaki....pada awal perkenalan mereka, lelaki tu baik sangat.....sikap lelaki tu membuatkan perasaan perempuan tu terbuai-buai dan rasa dihargai....so mereka pun couple la....

beberapa bulan selepas mereka couple, sikap lelaki tu mula berubah...(actually berubah pada pandangan perempuan tu la)....setiap hari dan setiap malam perempuan tu asyik bertemankan air mata mengenangkan sikap lelaki tu terhadapnya....rakan sebiliknya selalu menasihati perempuan agar putuskan hubungan dengan lelaki tu....tapi perempuan itu tidak mahu kerana dia sudah terlampau menyayangi lelaki itu..

masa terus berlalu....lelaki itu sudah mula menunjukkan belangnya sebagai seorang lelaki....dia mula tidak menghiraukan pasangannya itu dan mula berhubungan mesra dengan perempuan lain...bukan sekali malah sudah berkali-kali perempuan itu melihat teman lelakinya keluar bersama perempuan lain....hatinya sakit tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia takut lelaki itu akan meninggalkannya jika dia mengambil tindakan yang tidak sepatutnya...

hari berganti hari, bulan berganti bulan.....perhubungan mereka semakin renggang....setelah lama bersabar dan atas nasihat rakan sebiliknya merangkap teman baiknya itu, dia pergi berjumpa dengan lelaki itu....dia ingin penjelasan serta kepastian tentang perhubungan mereka itu....perempuan itu menelefon lelaki itu untuk mengajak berjumpa supaya senang untuk berbincang...tapi lelaki itu asyik memberi alasan yang pelbagai untuk mengelak dari berjumpa dengan perempuan itu....

akhirnya setelah lama mencuba, lelaki itu bersetuju untuk berjumpa.....di suatu petang yang agak redup suasananya, mereka pun berjumpa....tanpa sempat perempuan itu bertanya apa yang terpendam di hati, lelaki itu terus mengeluarkan kata-kata yang selama ini cuba dielakkan olehnya.....tanpa apa-apa alasan lelaki itu memutuskan hubungan mereka....dan lelaki itu dengan tanpa rasa bersalah mengaku telah mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain......

perempuan itu sempat bertanya siapa perempuan yang dapat merubah hati lelaki itu???jawapan yang diberikan sungguh mengejutkan.....(ha...rasa-rasa siapa ya???erm......)

perempuan yang dimaksudkan itu adalah rakan baiknya sendiri yang merangkap sebagai rakan sebiliknya....perempuan itu mula berasa pening dan tidak faham apa yang telah  berlaku sebenarnya....maka dia pun balik dan bersemuka dengan rakannya itu....

ketika dia sampai di bilik, kelihatan rakannya itu telah bersedia menunggunya di sana...akhirnya kebenaran terbongkar jua....lelaki itu mendekati perempuan itu semata-mata ingin mengenali rakan perempuan itu....rakan perempuan itu juga mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki itu tapi terpaksa memendamkannya demi persahabatan mereka...perempuan yang sering dilihat bersama lelaki itu sebelum ini hanya rakan sekelas lelaki itu.....rakan perempuan itu mengaku yang dia selalu menasihati perempuan itu supaya minta putus dari lelaki itu bukan sahaja kerana tidak ingin melihat perempuan itu bersedih tapi dia sendiri sudah tidak tahan memendam perasaan itu lama-lama....

perempuan itu benar-benar keliru....rakan baiknya sendiri seperti telah mengkhianatinya...dia tidak tahu hendak memberi respon yang macam mana....dia keluar dari bilik dengan perasaan yang bercelaru.....rakannya itu tidak henti-henti dan terus memohon maaf dari perempuan itu....tapi bak pepatah melayu mengatakan nasi sudah menjadi bubur.....sudah tidak ada guna untuk menyesal lagi....

akhirnya persahabatan yang terjalin putus hanya disebabkan seorang lelaki.....

actually kalau korang lalui sendiri pengalaman yang dilalui perempuan itu memang sedih sangat-sangat....apa yang saya ceritakan ini memang kisah benar....bunyi memang macam ala-ala novel gituuu tapi inilah apa yang terjadi dalam hidup salah seorang rakan yang telah saya kenali.....tapi alhamdulillah walaupun semua itu pahit untuk dilalui, dia masih meneruskan hidupnya dan boleh berjaya seperti orang lain juga.....jika ditanya tentang rakannya itu, dia hanya mampu menggelengkan kepala.....tamattttt

kalau dihayati cerita ini banyak yang boleh kita simpulkan.....banyak pengajaran yang dapat diperoleh dari kisah ini....mungkin bagi sesetengah pembaca sudah pernah dengar kisah-kisah seperti ini....jadi renung-renungkan la kerana tidak mustahil peristiwa seperti ini akan terjadi kepada kita juga suatu hari nanti....nauzubillah (kalau boleh minta jauhkannya)

rasanya ini sahaja yang boleh saya kongsikan bersama pembaca....maaf jika ada terkurang...(memang banyak kurang sebenarnya...hehehe)....saya memang tidak pandai sangat hendak bercerita....so selamat terhibur!!!!!

                           JODOH KITA TELAH PUN DITENTUKAN SEJAK AZALI LAGI
          JADI BERSABAR DAN BERDOALAH AGAR DIBERIKAN JODOH YANG TERBAIK
                           UNTUK KITA DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT....AMINNNN

Khamis, 13 September 2012

BELAJAR DI UKM

Minggu ni merupakan minggu pertama aku memulakan pembelajaran di UKM.....aku telah mendaftar 7 subjek semuanya dan 19 unit kredit.....banyakkan???tapi kalau nak dibandingkan masa SPM dulu banyak lagi masa SPM....11 subjek tu bukannya sedikit....hehehe

masa minggu pertama study dan minggu ke 2 di UKM memang mencabar bagi aku....nak tau kenapa?????biasa bila kita dekat tempat baru kan mesti sesat....hahaha.....bukan senang nak cari fakulti....apatah lagi kolej tempat aku tinggal tu jauh dengan fakulti.....aku terpaksa menaiki bas yang telah disediakan untuk ke fakulti....ha ini salah satu pengalaman yang menarik juga sebab sebelum ni my parents tak pernah bagi aku naik bas.....mereka takut aku sesat....hehehehe
ok kita sambung balik......lepas jumpa fakulti tak jumpa tempat perjumpaan pula....hai macam-macam la.....hahahha

rasa-rasanya tu je la yang boleh aku cerita....aku dah mengantuk ni....maklumlah nak tulis blog pun waktu malam....hehhe...waktu lain aku sibuk dengan benda lain....orang busy la katakan....hahahah
harap-harap cukuplah la untuk hari ni....nanti kalau ada masa aku akan kongsikan lagi cerita-cerita menarik dengan kau orang semua.......mohon mengundur diri!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!!!!!!

PENGALAMAN DI UKM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......

Hari ini aku nak bagitau yang aku telah diterima masuk ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.....Jom ketahui kehidupanku di UKM!!!!!!!

Tersebutlah kisah..........
Minggu pertama aku di UKM...macam orang lain juga, pasti ada minggu suai kenal....tapi dekat sini  mereka panggil minggu mesra pelajar atau MMP....masa MMP ini la macam-macam perkara telah terjadi....ada yang menyeronokkan dan ada yang menyedihkan....tak lupa juga perkara yang menyebalkan...hahaha
apa yang mengembirakan aku adalah aku dapat berkenalan dengan ramai kawan baru....ada yang senegeri dengan aku dan ada juga yang lain-lain negeri dengan aku....oh lupa nak bagitau yang aku asal dari Kelantan....jauhkan aku merantau...hehehe...tapi bagi aku tak ada la jauh mana...kalau ada duit nak balik tiap-tiap minggu pun tak ada masalah...hahahahha
masa MMP ni juga aku dapat sertai kumpulan nasyid....walaupun aku cuma buat persembahan tapi itu dah dikira ok sebab bukan senang nak buat persembahan depan orang ramai....sebenarnya dah lama aku teringin nak sertai nasyid dan hasratku itu telah tercapai bila aku masuk ke UKM....alhamdulillah
satu lagi aku nak bagi tau yang dekat UKM ni di bahagikan kepada beberapa kolej kediaman....dan aku telah ditempatkan di salah satu kolej kediaman yang dikatakan kolej terbesar di UKM ni.....nama kolej aku adalah KOLEJ PENDETA ZA'BA......pewaris keunggulan pendeta!!!!!!

sekarang aku nak cerita benda yang menyedihkan pula....perkara yang menyedihkan tu bukannya aku kena buli masa orientasi tapi aku dah macam kena culture shock tau.....masa dulu semua benda cikgu yang bagi tapi dekat sini semua benda kena buat sendiri....ala-ala berdikari la.....aku sedih sebab otak aku benar-benar bercelaru.....harap-harap lepas ni fikiran aku yang bercelaru ni dapat kembali tenang semula....insyaAllah....aminnnnn!!!!!!

ok la...aku nak cerita perkara yang benar-benar buat aku sebal....nak tau apa???ada seorang pemudah cara ni atau lebih dikenali sebagai PC....ada ke patut dia tiba-tiba marah aku tanpa sebab....dia marah aku sebab dia kata aku buat bising....nak marah pun sekurang-kurangnya tanyalah dulu kenapa aku buat bising tu...bukannya aku sengaja....aku nak jatuh masa tu....biasalah kalau peremuan nak jatuh mesti dengan mulut-mulut sekali terbuka.....dia ingat aku suka-suka hati nak buat bising ke???huh
aku diamkan je masa dia marah tu....bukan aku rasa bersalah tapi sebab aku hormat dekat dia.....kalau aku ni jenis yang tak tau nak hormat orang memang dah lama aku sound orang macam tu.....yalah kan dia kan senior so aku kenalah hormat.....lagi pun memang betul kot aku yang salah.....huhuhu
tu je la aku boleh cerita....malas la nak panjang-panjangkan cerita lagi..benda pun dah lepas....kalau ingat pun buat malu dan sakit hati je.....

semoga apa yang aku tulis dan ceritakan ini tidak disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak....maaf jika aku ada buat kesalahan sepanjang penulisanku ini.....

SEMOGA TERHIBUR!!!!!!!!