WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Sabtu, 22 September 2012

L.O.V.E

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.....
(yang mana baca blog ni la.....hehehe)

Saya ada satu cerita yang agak sedih..(bagi saya ia agak menyedihkan la)....
ada seorang perempuan ni....dia pernah bercinta dengan seorang lelaki....pada awal perkenalan mereka, lelaki tu baik sangat.....sikap lelaki tu membuatkan perasaan perempuan tu terbuai-buai dan rasa dihargai....so mereka pun couple la....

beberapa bulan selepas mereka couple, sikap lelaki tu mula berubah...(actually berubah pada pandangan perempuan tu la)....setiap hari dan setiap malam perempuan tu asyik bertemankan air mata mengenangkan sikap lelaki tu terhadapnya....rakan sebiliknya selalu menasihati perempuan agar putuskan hubungan dengan lelaki tu....tapi perempuan itu tidak mahu kerana dia sudah terlampau menyayangi lelaki itu..

masa terus berlalu....lelaki itu sudah mula menunjukkan belangnya sebagai seorang lelaki....dia mula tidak menghiraukan pasangannya itu dan mula berhubungan mesra dengan perempuan lain...bukan sekali malah sudah berkali-kali perempuan itu melihat teman lelakinya keluar bersama perempuan lain....hatinya sakit tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia takut lelaki itu akan meninggalkannya jika dia mengambil tindakan yang tidak sepatutnya...

hari berganti hari, bulan berganti bulan.....perhubungan mereka semakin renggang....setelah lama bersabar dan atas nasihat rakan sebiliknya merangkap teman baiknya itu, dia pergi berjumpa dengan lelaki itu....dia ingin penjelasan serta kepastian tentang perhubungan mereka itu....perempuan itu menelefon lelaki itu untuk mengajak berjumpa supaya senang untuk berbincang...tapi lelaki itu asyik memberi alasan yang pelbagai untuk mengelak dari berjumpa dengan perempuan itu....

akhirnya setelah lama mencuba, lelaki itu bersetuju untuk berjumpa.....di suatu petang yang agak redup suasananya, mereka pun berjumpa....tanpa sempat perempuan itu bertanya apa yang terpendam di hati, lelaki itu terus mengeluarkan kata-kata yang selama ini cuba dielakkan olehnya.....tanpa apa-apa alasan lelaki itu memutuskan hubungan mereka....dan lelaki itu dengan tanpa rasa bersalah mengaku telah mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain......

perempuan itu sempat bertanya siapa perempuan yang dapat merubah hati lelaki itu???jawapan yang diberikan sungguh mengejutkan.....(ha...rasa-rasa siapa ya???erm......)

perempuan yang dimaksudkan itu adalah rakan baiknya sendiri yang merangkap sebagai rakan sebiliknya....perempuan itu mula berasa pening dan tidak faham apa yang telah  berlaku sebenarnya....maka dia pun balik dan bersemuka dengan rakannya itu....

ketika dia sampai di bilik, kelihatan rakannya itu telah bersedia menunggunya di sana...akhirnya kebenaran terbongkar jua....lelaki itu mendekati perempuan itu semata-mata ingin mengenali rakan perempuan itu....rakan perempuan itu juga mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki itu tapi terpaksa memendamkannya demi persahabatan mereka...perempuan yang sering dilihat bersama lelaki itu sebelum ini hanya rakan sekelas lelaki itu.....rakan perempuan itu mengaku yang dia selalu menasihati perempuan itu supaya minta putus dari lelaki itu bukan sahaja kerana tidak ingin melihat perempuan itu bersedih tapi dia sendiri sudah tidak tahan memendam perasaan itu lama-lama....

perempuan itu benar-benar keliru....rakan baiknya sendiri seperti telah mengkhianatinya...dia tidak tahu hendak memberi respon yang macam mana....dia keluar dari bilik dengan perasaan yang bercelaru.....rakannya itu tidak henti-henti dan terus memohon maaf dari perempuan itu....tapi bak pepatah melayu mengatakan nasi sudah menjadi bubur.....sudah tidak ada guna untuk menyesal lagi....

akhirnya persahabatan yang terjalin putus hanya disebabkan seorang lelaki.....

actually kalau korang lalui sendiri pengalaman yang dilalui perempuan itu memang sedih sangat-sangat....apa yang saya ceritakan ini memang kisah benar....bunyi memang macam ala-ala novel gituuu tapi inilah apa yang terjadi dalam hidup salah seorang rakan yang telah saya kenali.....tapi alhamdulillah walaupun semua itu pahit untuk dilalui, dia masih meneruskan hidupnya dan boleh berjaya seperti orang lain juga.....jika ditanya tentang rakannya itu, dia hanya mampu menggelengkan kepala.....tamattttt

kalau dihayati cerita ini banyak yang boleh kita simpulkan.....banyak pengajaran yang dapat diperoleh dari kisah ini....mungkin bagi sesetengah pembaca sudah pernah dengar kisah-kisah seperti ini....jadi renung-renungkan la kerana tidak mustahil peristiwa seperti ini akan terjadi kepada kita juga suatu hari nanti....nauzubillah (kalau boleh minta jauhkannya)

rasanya ini sahaja yang boleh saya kongsikan bersama pembaca....maaf jika ada terkurang...(memang banyak kurang sebenarnya...hehehe)....saya memang tidak pandai sangat hendak bercerita....so selamat terhibur!!!!!

                           JODOH KITA TELAH PUN DITENTUKAN SEJAK AZALI LAGI
          JADI BERSABAR DAN BERDOALAH AGAR DIBERIKAN JODOH YANG TERBAIK
                           UNTUK KITA DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT....AMINNNN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan