WANITA MUSLIMAH

WANITA MUSLIMAH

Sabtu, 29 September 2012

MINATKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......

Apa khabar semua???dah lama kita tidak berjumpa...haiiii rindu nak tulis blog...hehehe

Hari ini saya cuma nak kongsi tentang minat saya....tau tak apa perkara yang paling saya  minat???
jeng2....benda yang paling saya minat ialah baca novel....tapi novel melayu la...novel english baca juga tapi tidak la seminat membaca novel melayu...hahaha

Novel yang paling saya suka adalah novel keluaran alaf 21...sebabnya novel keluaran alaf 21 merupakan novel pertama saya baca....tajuk novel petama saya adalah SEREDUP KASIHMU karya NIA AZALEA....novel tu best sangat-sangat...sinopsisnya lebih kurang macam ni la....

KISAH silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.


Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.


Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.


Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan? 



Sebenarnya banyak lagi novel yang saya pernah baca....ini antara salah satunya saja...hehehe
Saya juga suka kumpul novel...di rumah saya lebih 200 buah novel saya ada....tapi dari pelbagai keluaran la.....hihihi
jumlah novel yang masih ada itu pun setelah ditolak dengan novel-novel yang telah saya jual...minat kumpul novel pun boleh buat duit....hahaha

Rasanya itu sajalah yang saya boleh kongsikan untuk kali ini....untuk yang seterusnya akan saya kongsikan perkara lain pula....ok????

Diharapkan semua pembaca terhibur!!!!


                                               NOVEL-NOVEL KELUARAN ALAF 21
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan